You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kerabat Johor maut kemalangan

Berita Harian logoBerita Harian 19/5/2017 Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
KEADAAN kereta PERODUA Myvi yang terbabit dalam kemalangan dan mengorbankan Kerabat Diraja Johor, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, pagi tadi. - Foto ihsan PDRM © Provided by Media Prima KEADAAN kereta PERODUA Myvi yang terbabit dalam kemalangan dan mengorbankan Kerabat Diraja Johor, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

mohdfahmi@bh.com.my

[[gn4id:20673117]]

JOHOR BAHRU: Seorang Kerabat Diraja Johor maut selepas kereta dipandu anaknya terbabas ketika cuba mengelak kenderaan lain di susur Jalan Lingkaran Dalam, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Kerabat Diraja Johor iaitu dua pupu kepada Sultan Johor, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald, 58, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, dalam kejadian jam 9.45 pagi, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu iaitu anak perempuan Tunku Amal Jakiah cuba mengelak kenderaan lain dan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan.

"Penumpang cedera parah di badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu berusia 22 tahun dibawa untuk rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Tempat kejadian adalah di susur keluar ke Jalan Lingkaran Dalam Danga City Mall menghala ke Skudai/Pantai Lido," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, bedah siasat dijalankan pada jam 11.30 pagi di HSA dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Lihat berita lain yang relevan:

Germany train crash

Helicopters of rescue services are seen at a field near Bad Aibling in southwestern Germany, February 9, 2016. About eight people were seriously injured and 12 more slightly hurt in a train crash in the southern state of Bavaria on Tuesday, German police said. REUTERS/Michael Dalder Germany Train Crash
image beaconimage beaconimage beacon