You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kerabat Sultan Johor maut kemalangan

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 19/5/2017 Bernama
Wan-Ahmad-Najmuddin_sultan-johor_kereta_600_polis © Provided by MToday News Sdn Bhd Wan-Ahmad-Najmuddin_sultan-johor_kereta_600_polis

JOHOR BAHRU: Seorang wanita kerabat diraja Johor maut manakala anak perempuannya cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di susur Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Danga City Mall hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mangsa, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald, 58, yang merupakan 2 pupu Sultan Johor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

“Kemalangan di jalan menghala Skudai/Pantai Lido itu berlaku jam 9.45 pagi tadi.

“Difahamkan, pemandu kereta iaitu anak perempuan Tunku Amal Jakiah yang berumur 22 tahun, cuba mengelak sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan sebelum melanggar batu pembahagi jalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata bedah siasat terhadap Tunku Amal Jakiah dilakukan di Hospital Sultanah Aminah dan anak perempuannya yang merupakan seorang ahli perniagaan turut dirawat di hospital sama.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan terbabit mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

More From Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon