You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Lelaki terjatuh dari pangsapuri bukan penerima zakat Pulau Pinang

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 17/7/2017 Predeep Nambiar

jump-suicide-1 © Provided by MToday News Sdn Bhd jump-suicide-1 GEORGE TOWN: Keluarga lelaki yang maut selepas terjatuh dari pangsapuri Sabtu lalu tidak dihentikan pemberian sumbangan zakat, sebaliknya hanya dihentikan bantuan bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Seorang pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) berkata Mohd Irwan Omar, 38, bukan penerima zakat tetapi isterinya yang berusia 37 tahun.

Pegawai tersebut memaklumkan perkara ini kepada Exco Hal Ehwal Islam Negeri Abdul Malik Abul Kassim, yang berkata isteri Irwan penerima makanan bantuan makanan bulanan dari ZPP.

“Pegawai zakat kami melawatnya semalam dan mengesahkan keluarga itu menerima bantuan makanan bulanan.

“Pemberian bantuan JKM mereka dipotong kerana mereka berpindah dari Jawi ke Bukit Mertajam,” kata Malik ketika dihubungi.

Hasil pemeriksaan oleh FMT menunjukkan Irwan seorang pengundi berdaftar di Parlimen Kluang, Johor dan DUN Mahkota.

Exco Hal Ehwal Islam Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata Irwan dan isteri bukan penerima zakat dari Johor.

Semalam, polis mendedahkan Irwan maut selepas terjatuh dari tingkat 4 pangsapurinya di Bukit Mertajam Sabtu lalu, berikutan masalah kewangan yang dihadapinya.

Keluarga Irwan memberitahu polis Irwan tertekan sejak pemberian zakat bulanan RM300 dihentikan.

Keluarga itu berkata sebahagian besar wang itu digunakan untuk membayar sewa rumah mereka, yang seluas 660 kaki persegi, sebanyak RM250 sebulan.

Irwan meninggalkan seorang isteri, 7 anak berusia antara 2 hingga 17 tahun dan bakal menimang seorang lagi cahaya mata.

Bapa beri lambaian terakhir sebelum terjun dari tingkat 4

More From Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon