You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Pemandu Uber lelaki dakwa dicabul penumpang lelaki

Malay Mail Online logo Malay Mail Online 5 days ago OLEH IDA LIM

Bukti paparan rakaman video yang menunjukkan seorang pemandu e-hailing dicabul oleh seorang lelaki. © Provided by Trinity Diligent Sdn Bhd Bukti paparan rakaman video yang menunjukkan seorang pemandu e-hailing dicabul oleh seorang lelaki. KUALA LUMPUR, 12 Ogos—Seorang pemandu e-hailing lelaki mendakwa dicabul oleh penumpang yang sama jantina dalam kejadian di sini pagi tadi.

Syed Rosli Syed Harman berkata kejadian berlaku ketika beliau mengambil penumpang lelaki terbabit di Jalan Klang Lama yang mahu menuju ke sebuah kondominium di Sri Petaling menggunakan aplikasi Uber.

Ketika perjalanan di lebuh raya Maju Expressway (MEX) tangan penumpang terbabit yang duduk bersebelahan dengannya secara tiba-tiba menjalar dan menyentuh kemaluannya.

“Dia sentuh alat sulit saya dan saya memarahinya, “apa yang kamu buat?”, namun dia hanya tersenyum,” kata Syed Rosli ketika dihubungi Malay Mail Online.

“Tetapi saya tidak memanjangkan hal itu kerana berasa bimbang jika beliau menyimpan senjata. Saya terus memandu dan membawanya hingga sampai ke destinasi dan kemudian membuat laporan kepada Uber.”

Katanya ini pengalaman pertama terjadi kepadanya sejak menjadi pemandu Uber pada tahun 2013.

Memiliki bukti rakaman video kamera, Syed Rosli yang juga pengerusi Persatuan Pemandu Uber, Grab dan Zeppon kemudian membuat laporan di balai polis Sri Petaling.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

More From Malay Mail Online

Malay Mail Online
Malay Mail Online
image beaconimage beaconimage beacon