You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Pembangkang, menteri gelar satu sama lain bodoh

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 20/3/2017 Adam Abu Bakar
johari-gobind-1mdb © Provided by MToday News Sdn Bhd johari-gobind-1mdb

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh lagi hari ini apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang saling memanggil satu sama lain, “bodoh” ketika sesi perbahasan.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa-Umno) dan Gobind Singh Deo (Puchong-DAP) bertikam lidah mengenai isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jawapan yang menteri (Johari) berikan adalah jawapan bodoh,” kata Gobind.

“Menyiasat adalah kerja agensi, itu (pertanyaan Gobind) adalah soalan bodoh,” kata Johari yang juga menteri kewangan kedua.

“Ini menteri bodoh, bukannya soalan bodoh,” kata Gobind.

“Kalau jadi ‘senior’ peguam, bertanya seperti ini, ia bodoh. Jadi sah, ini peguam bodoh,” kata Johari.

Sebelum itu, Gobind meminta Johari menjelaskan mengenai kenyataannya melalui surat terbuka yang menyatakan beliau menyedari siasatan terperinci tentang 1MDB.

“Sebagai menteri kewangan kedua, YBberhormat keluarkan satu kenyataan yang dibuat pada hari ini, menyatakan anda mengetahui berkenaan isu ini. Adakah ini benar atau tidak?

“Pertama, adakah dia (Datuk Seri Najib Razak) menjadi suspek siasatan, kedua kenapa ia mengambil masa yang lama. Ketiga, apakah yang berlaku dengan siasatan itu. Ia soalan mudah takkan menteri tidak tahu,” kata Gobind.

Menjawab soalan itu, Johari meminta Gobind menunggu sehingga hasil siasatan selesai sepenuhnya dan tidak boleh memberikan tempoh masa bilakah siasatan selesai.

“Penyiasatan 1MDB bukan saja dibuat kerajaan Malaysia, semua agensi menyiasat perkara ini. Takkan saya mahu menukar kenyataan yang dibuat SPRM, polis dan pihak lain,” katanya.

Perbalahan Gobind dan Johari mendapat perhatian Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiande yang meminta Ahli Parlimen tidak menggunakan perkataan sedemikian.

“Perkataan bodoh tidak boleh digunakan dalam Dewan Rakyat. Jangan gunakan perkataan yang tidak sesuai, jangan gunakan perkataan bodoh,” katanya.

Ronald berkata isu 1MDB tidak sesuai untuk dibincangkan kerana ia merupakan perkara sub judice.

Also on MSN:

World leaders' mysterious absences 

Vladimir Putin World leaders’ mysterious absences

More From Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon