You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Sasar koperasi raih RM40b tahun ini

Berita Harian logoBerita Harian 4 days ago Oleh Azzman Abdul Jamal
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Foto Asyraf Hamzah © Provided by Media Prima MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Foto Asyraf Hamzah

azzman@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan koperasi meraih pendapatan lebih RM40 bilion tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata sasaran itu disandarkan kepada perolehan RM39.66 bilion tahun lalu.

Katanya, SKM mengadakan pelbagai inisiatif untuk melonjakkan pendapatan koperasi termasuk mengadakan sambutan Hari Koperasi bergerak dari negeri ke negeri bermula 22 Julai ini.

"Tahun ini, kita percaya jumlah perolehan itu mampu ditingkatkan melebihi RM40 bilion berikutan penambahan jumlah koperasi di negara ini serta inisiatif baharu yang diambil SKM.

"Hingga 31 Mei lalu, ada 13,617 koperasi yang berdaftar dengan SKM dengan jumlah ahli seramai 7.07 juta orang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 di Menara SKM, di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon