You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Sebulan di dalam lif

Harian Metro logoHarian Metro 6 days ago Agensi

Denver (Colorado), Amerika Syarikat: Seorang lelaki berusia 82 tahun yang terperangkap hampir sebulan di dalam lif walaupun dua kali menekan butang kecemasan, ditemui mati minggu lalu selepas orang ramai mengadu mengenai bau busuk.

Isaak Komisarchik tidak dilihat sejak 5 Julai lalu. Dia dipercayai mati antara 6 Julai dan 2 Ogos selepas terperangkap di dalam lif di kediamannya.

Pekerja baik pulih lif menemui mayatnya selepas beberapa penduduk di sebuah apartmen di Woodstream Village mengadu bau teramat busuk dari dalam lif berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, siasatan yang dilakukan mendapati Komisarchik menekan butang kecemasan sebanyak dua kali, menurut laporan akhbar Denver Post.

Jurucakap Jabatan Bomba Denver, Kapten Greg Pixley berkata, polis kini cuba mencari punca kenapa tidak ada orang membuat laporan selepas mendengar bunyi kecemasan itu.

Anggota keluarga Komisarchik berkata, kali terakhir dia dilihat ialah sekitar jam 2 petang 5 Julai lalu.

“Dia keluar rumah untuk mengambil surat dan ke pejabat pengurusan untuk mengambil sesuatu. Dia hilang selepas itu,” kata anak perempuannya, Yelena.

APARTMEN di Woodstream Village, Denver, Colorado. - Agensi © Provided by Media Prima APARTMEN di Woodstream Village, Denver, Colorado. - Agensi

Menurutnya, bapanya tidak boleh berjalan jauh dan sering nyanyuk.

Ketika mula dilaporkan hilang, anggota bomba Den- ver menjalankan usaha mencarinya di lima kolam tidak jauh dari apartmen itu.

Pihak berkuasa yakin Komisarchik menekan butang kecemasan pada pagi 6 Julai tetapi tidak ada reaksi.

Peraturan lif di Denver memerlukan pengendali lif mengawasi panggilan kecemasan 24 jam sehari.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon