You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Tiada tapisan, ‘Beauty and the Beast’ di pawagam 30 Mac ini (VIDEO)

Malay Mail Online logo Malay Mail Online 21/3/2017 OLEH IDA LIM
Filem ‘Beauty and the Beast’ yang sepatutnya ditayangkan 16 Mac lalu ditangguhkan tayangan kerana berdepan isu tapisan LPF ekoran babak gay. — Foto Reuters © Provided by Malay Mail Online Filem ‘Beauty and the Beast’ yang sepatutnya ditayangkan 16 Mac lalu ditangguhkan tayangan kerana berdepan isu tapisan LPF ekoran babak gay. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Selepas hampir seminggu tertangguh, filem Beauty and the Beast akhirnya bakal ditayangkan di pawagam 30 Mac ini.

Tayangan Disney itu akan disiarkan penuh tanpa sebarang potongan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF), menurut pawagam Golden Screen Cinemas.

Sementara TGV Cinemas dalam Twitter mengumumkan tiket akan mula dijual bermula Khamis ini.

Pegawai GSC ketika dihubungi berkata filem itu dibenarkan tayang dengan klasifikasi “P13”, iaitu individu yang berumur 13 tahun ke bawah tidak dibenarkan menonton tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.

“Ia kekal seperti yang diluluskan pada awalnya. ‘Lulus Bersih P13’,” kata pengurus jenama dan perhubungan awam GSC Samantha Tan kepada Malay Mail Online.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum ini memotong babak gay sebelum meluluskannya namun tidak dipersetujui pengedar Disney Malaysia, menyebabkan filem yang sepatutnya ditayang 16 Mac lalu tertangguh.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

More From Malay Mail Online

Malay Mail Online
Malay Mail Online
image beaconimage beaconimage beacon