You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Tunggu 'lampu hijau' bapa Emma

Harian Metro logoHarian Metro 6 days ago

Pelakon Kamal Adli merancang untuk menyambut Aidilfitri bersama kekasihnya Emma Maembong selain memakai baju tema sedondon berwarna ungu gelap.

Kamal berkata, terlebih dulu dia akan menyambut Syawal bersama keluarganya di kampung halaman di Jitra, Kedah.

KAMAL berharap 2017 tahun terakhir sambut hari raya sebagai orang bujang. © Provided by Media Prima KAMAL berharap 2017 tahun terakhir sambut hari raya sebagai orang bujang.

“Selepas beraya di Jitra, selalunya kami sekeluarga akan bercuti di Langkawi pada hari raya kedua. Secara kebetulan adik saya sudah berkahwin dan kini menetap di sana,” katanya.

Menurut Kamal, dia akan berkunjung ke rumah Emma selepas kembali ke Kuala Lumpur nanti.

“Jika tidak pulang beraya di Terengganu, Emma akan bersama bapanya di rumah kakak sulung di Kuala Lumpur,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

image beaconimage beaconimage beacon