You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Wanita Indonesia ditemui mati dengan kesan jerut

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 6/10/2017 Bernama
shamsul-amar-ramli_polis_60 © Provided by MToday News Sdn Bhd shamsul-amar-ramli_polis_60

SHAH ALAM: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan jerutan di leher, dipercayai dibunuh dalam sebuah bilik di Jalan Kem, Pelabuhan Klang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata mangsa berusia 43 tahun itu dipercayai pekerja sebuah kilang di kawasan berhampiran.

‘’Pemeriksaan awal menunjukkan terdapat kesan jerut di leher mangsa menggunakan tali kasut… si mati juga masih memakai gelang emas di tangan kanan dan sepasang subang emas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata polis tidak menemui sebarang kesan pergelutan selain keadaan bilik mangsa tidak berselerak.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 29 tahun, dipercayai teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

More From Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon