You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Zuraida wajar hormat keputusan biro politik PKR, tegur Saifuddin

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berpandangan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin wajar menghormati keputusan mesyuarat biro politik parti itu yang membincangkan isu video seks yang mengaitkan timbalan presiden Mohamed Azmin Ali itu. Ini susulan kenyataan Zuraida bahawa jika beliau menjadi presiden parti itu, sudah lama Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat. Kata Saifuddin, terpulang kepada pimpinan untuk mengemukakan tindakan ekoran kenyataan Zuraida bagi dirujuk ke Lembaga Disiplin parti. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.
image beaconimage beaconimage beacon