You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Remaja hilang di Pulau Mawar: Belum ada petunjuk positif

BERITA SEMASA 7 FABRUARI 2023 Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pelajar sebuah pusat pengajian tinggi swasta, Muhamad Akmal Hakimi Ishak berusia 20 tahun di Pulau Mawar, Mersing, Johor sejak Jumaat lalu masih belum menemui sebarang petunjuk, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Endau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Alias Hussin berkata, operasi SAR disertai unit anjing K9 berdepan kesukaran apabila hujan dan angin kuat musim Monsun Timur Laut kini sedang melanda selatan negara. Sementara itu, bapa mangsa, Ishak Kamis masih menaruh kepercayaan tinggi dalam operasi SAR Ini termasuk melakukan ikhtiar secara perubatan Islam. Terdahulu, pihak berkuasa menerima laporan kehilangan Muhamad Akmal pada pagi Jumaat lalu selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kluang sejak Rabu. Artikel: https://bit.ly/3DMu243 #BeritaSemasa #SinarHarian
image beaconimage beaconimage beacon