You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Wanita hamil didakwa tipu tawaran pakej haji, umrah

Wanita hamil didakwa tipu tawaran pakej haji, umrah BERITA SEMASA 3 MAC 2023 Seorang wanita hamil yang juga merupakan pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis, atas tiga pertuduhan menipu dalam menawarkan pakej umrah dan haji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan. Tertuduh, Nur Zaidani Akmal Abd Majid berusia 39 tahun itu membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 27 Disember 2022 sehingga 27 Januari lepas antara jam 8.46 pagi hingga jam 9.52 malam di sebuah pondok agama di Kuala Talang,Tanjung Ipoh didakwa telah menipu seorang lelaki berusia 61 tahun untuk membayar RM14,000 bagi pakej umrah dan haji. Artikel: https://bit.ly/3ZCiNn8 Muzik: Evolution dari www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian

UP NEXT

UP NEXT

image beaconimage beaconimage beacon