
PAS sasar 30 kerusi, termasuk 5 tembung Bersatu - Sumber
PAS sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen yang diyakini berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 bersama Perikatan Nasional. Menurut sumber parti itu kepada Malaysiakni, lima kerusi bakal menyaksikan perebutan sesama sendiri dengan Bersatu. Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas rasmi PAS berkaitan maklumat ini.