You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Masih perlu menyanyi

Harian Metro logo Harian Metro 10/2/2019 Najiy Jefri
a group of people holding wine glasses: FAZLEY menunjukkan kemahiran menyediakan 'sweet table' © Provided by Media Prima FAZLEY menunjukkan kemahiran menyediakan 'sweet table' najiy.jefri@hmetro.com.my

MESKIPUN namanya semakin bergemerlapan dalam dunia masakan, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob masih menerima permintaan tinggi untuk terus bergerak aktif dalam industri seni hiburan sebagai penyanyi dan pengacara.

Mengakui pernah terdetik untuk mengurangkan aktiviti nyanyian, namun jejaka tinggi lampai itu tidak dapat menolaknya apabila permintaan untuk membuat persembahan masih ada.

Kata Fazley, selepas tampil menerusi single terbaharu berjudul Wo Ai De Ni hasil ciptaan Ajai dan dirinya sendiri, dia bakal muncul dengan single baru hasil kolaborasi bersama seorang penyanyi tempatan.

“Saya tak boleh lari dalam bidang nyanyian ini kerana masih ada jemputan untuk ‘dinner show’ dan beberapa acara hiburan.

[[gn4id:12887988]]

“Jadi saya masih perlu ada produk nyanyian seperti single baharu Wo Ai De Ni selain kini dalam persiapan untuk menyiapkan single seterusnya.

“Pada masa sama, saya juga masih menerima permintaan dalam bidang pengacaraan. Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila masih diberi kepercayaan dan tanggungjawab,” katanya ketika ditemui di Macau sempena program Teroka Halal ke Macao.

Melanjutkan bicara mengenai hala tuju perniagaan restoran yang diusahakan, Fazley mengakui belum terfikir untuk meluaskan empayarnya ke luar negara buat masa ini.

Bagaimanapun, Fazley memberitahu, dia ada menerima beberapa jemputan untuk berkolaborasi dengan cef dan hotel terkemuka namun belum bersedia sepenuhnya.

“Saya ada satu restoran di Singapura iaitu Restoran Mamanda. Sebenarnya saya menerima banyak tawaran untuk berkolaborasi dengan beberapa cef dan hotel tapi agak segan kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.

“Saya tidak mahu hanya nama saja digunakan. Saya kena turun padang dan bersama mereka untuk memastikan segala proses berjalan dengan baik,” katanya yang bakal membuka dua restoran di ibu kota tidak lama lagi.

[[gn4id:12888022]]

Chef campak-campak

Siapa sangka, hidangan unik ‘sweet table’ yang tular di Malaysia sebelum ini mendapat permintaan tinggi di beberapa negara.

Terbaharu, Fazley menunjukkan skil itu kepada penduduk Macau apabila dikerumuni lebih 50 rakyat negara itu di ruang legar Restoran Tapas De Portugal bagi menyaksikan persembahan ‘sweet table’ yang diilhamkannya selain dibantu oleh ketua cef restoran terbabit, Ricardo Alves.

Kehadirannya ke Macau bersempena Teroka Halal Ke Macao anjuran SukaSucre Creatives, Macao Government Tourism Office dan PNL Travel Sdn Bhd itu mengaku teruja apabila dapat berkongsi hidangan unik terbabit hasil gabungan Malaysia dan China.

“Sweet Table ini antara hidangan yang popular di restoran saya, Suka Sucre Bistro dan ia pernah tular sebelum ini.

“Jadi saya kongsikan hidangan unik ini kepada warga Macau. Sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi budaya dan manisan Malaysia kepada mereka,” katanya.

Meskipun hidangan ‘sweet table’ itu pernah tular di Malaysia dan mendapat kecaman netizen, Fazley berterima kasih kepada netizen yang mengutuk konsep masakan diperkenalkannya itu kerana dapat melebarkan sayap ke peringkat global.

“Terima kasih kerana kutuk dan tularkan saya. Orang Malaysia apabila dia tak faham, dia akan ‘membawang’.

“Walaupun digelar cef campak-campak dan masih melekat sehingga kini, tapi ia satu yang menyeronokkan.

“Saya terima setiap kecaman ini kerana kutukan yang dilemparkan adalah satu doa dan semangat untuk menjadi lebih hebat,” katanya yang berada di Macau selama empat hari.

Dipertanggungjawab untuk memperkenalkan Macau kepada rakyat Malaysia, Fazley berkata, negara itu sememangnya destinasi pelancongan mesra Muslim yang semakin popular.

“Saya menggalas tanggungjawab besar ini bagi membuka mata dan minda orang Malaysia untuk berkunjung ke Macau sebagai antara destinasi percutian impian,” katanya.

Antara lokasi menarik akan dikunjungi Fazley bersama rakan media Malaysia adalah Taipa Village Exploration & Taipa Houses, Macao Tower, Ruins of St Paul, Michelin Star Halal Restaurant dan Senado Square.

[[gn4id:12887993]]

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon