You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Air Nabeez elak lesu dan letih di bulan Ramadan

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 16/4/2019 FMT Reporters
a close up of food: Penggunaan kurma ajwa adalah lebih baik dalam menyediakan Air Nabeez. (Gambar IDN Times) © Provided by FMT MEDIA SDN BHD Penggunaan kurma ajwa adalah lebih baik dalam menyediakan Air Nabeez. (Gambar IDN Times)

Melatih diri menahan daripada makan dan minum pada bulan puasa adalah wajib bagi umat Islam.

Namun ia memerlukan tenaga yang mencukupi supaya anda tidak lesu dan letih menjalani kehidupan sepanjang 30 hari tempoh berpuasa.

Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah mengamalkan air nabeez kurma yang membekalkan pelbagai khasiat untuk tubuh badan!

Dari segi kesihatan tubuh, buah kurma telah terbukti sebagai:

Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).

Tinggi kandungan fiber yang dapat menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh.

Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).

Kaya akan pottassium yang penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.

Khasiat Air Nabeez

Air nabeez adalah minuman yang mengandungi alkali yang dapat membantu dalam proses pembuangan dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.

Ia juga membantu menyingkirkan zat toksin berbahaya dari dalam tubuh.

Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.

Cara Menyediakan Air Nebeez Kurma

  • Ambil kurma dalam bilangan ganjil.
  • Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter.
  • Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.
  • Sebelum anda tidur, rendam isi kurma dalam air masak dan letak di luar sahaja.
  • Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air dan jangan biarkan ia terbuka.
  • Air tersebut boleh diminum ketika sahur.
  • Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan ketika perut kosong.
  • Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa bagaimanapun kurma jenis lain juga boleh digunakan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon