You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

1,714 pemandu pelancong di Pahang terima bantuan

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 15/9/2021 FMT Reporters
a resort near the water: Baucar pelancongan kepada orang ramai yang menggunakan aplikasi Pahang Go adalah antara inisiatif untuk menghidupkan semula sektor pelancongan domestik. © Provided by Free Malaysia Today Baucar pelancongan kepada orang ramai yang menggunakan aplikasi Pahang Go adalah antara inisiatif untuk menghidupkan semula sektor pelancongan domestik.

KUANTAN: Kerajaan Pahang dengan kerjasama Tourism Malaysia Pahang sudah mengagihkan bantuan pandemik Covid-19 kepada 1,714 pemandu pelancong di negeri ini sejak tahun lalu.

Bantuan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM422,500 itu diagihkan kepada pemandu pelancong biasa, pemandu pelancong alam semula jadi, pemandu bot pelancong Taman Negara dan Pulau Tioman.

Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang Kamaruddin Ibrahim berkata, selain bantuan kewangan, kerajaan turut memberikan bantuan kepada empat persatuan yang terbabit secara langsung dengan sektor pelancongan di negeri itu.

“Daripada peruntukan itu, bantuan berjumlah RM348,300 diagihkan kepada 972 pemandu pelancong yang aktif pada tahun lalu. Tahun ini, sumbangan berjumlah RM20,000 turut disalurkan kepada setiap Persatuan Hotel Malaysia Negeri Pahang, Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia Pahang, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Pahang dan Persatuan Homestay Negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamaruddin berkata, mereka turut mengagihkan baucar pelancongan kepada orang ramai yang menggunakan aplikasi Pahang Go sebagai inisiatif untuk menghidupkan semula sektor pelancongan domestik di negeri itu.

Katanya, inisiatif membabitkan peruntukan sebanyak RM75,000 itu diharapkan dapat membantu pemain industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik.

“Secara keseluruhannya, sebanyak RM577,500 dibelanjakan oleh kerajaan negeri dan Tourism Malaysia Pahang sejak tahun lalu untuk membantu semua pihak yang terbabit dengan sektor pelancongan,” katanya.

Dia turut berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat memberikan kebenaran segera kepada aktiviti rentas negeri bagi tujuan pelancongan untuk memulihkan kembali industri berkenaan.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon