You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

188 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Sinar Harian logo Sinar Harian 7/3/2023 NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
Malaysia merekodkan188 kes baharu Covid-19 pada Isnin dengan tiga daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan © Provided by Sinar Harian Malaysia merekodkan188 kes baharu Covid-19 pada Isnin dengan tiga daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 188 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,966 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 9,211 kes dengan 8,884 atau 96.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 325 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak dua pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, tiada pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 181 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,997,801 kes.

More from Sinar Harian

image beaconimage beaconimage beacon