You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

40 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,614

MalaysiaNow logo MalaysiaNow 6/12/2021 Staff Writers
© Provided by MalaysiaNow

40 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 5 Disember, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di seluruh negara kepada 30,614.

Menurut data Github kementerian kesihatan, 10 atau 25% daripada ini adalah kes kemataian sebelum tiba di hospital (BID).

Johor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu lapan atau 20% diikuti Perak sebanyak enam kes atau 15%.

Kedah melaporkan lima kematian; Sabah, Selangor dan Terengganu masing-masing melaporkan empat kematian; manakala Sarawak melaporkan tiga kematian.

Pahang melaporkan dua kematian manakala Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,298 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,658,772.

Setakat semalam, terdapat 61,999 kes aktif Covid-19 dan 4,929 pesakit pulih dilaporkan.

More from MalaysiaNow

image beaconimage beaconimage beacon