You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

526 bakul makanan diagihkan di kawasan PKPD

Berita Harian logo Berita Harian 30/7/2021 Baharom Bakar
a group of people standing in front of a truck: Sebanyak 526 bakul makanan diedarkan kepada Ketua Isi Rumah di Kampung Teluk Menara, Manir, yang dikenakan PKPD. - Foto NSTP/Baharom Bakar © Provided by Berita Harian Sebanyak 526 bakul makanan diedarkan kepada Ketua Isi Rumah di Kampung Teluk Menara, Manir, yang dikenakan PKPD. - Foto NSTP/Baharom Bakar bhnews@bh.com.my

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 2.62 tan beras diedarkan kepada 526 Ketua Isi Rumah (KIR) yang tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk Menara, Manir, di sini.

Selain beras, sebanyak 1,052 tan minyak masak, tepung gandum (1,052) dan 1,052 tan gula diagihkan secara berperingkat kepada penduduk.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Manir, Helmi Harun berkata, pengagihan barangan keperluan utama kepada semua KIR itu diedarkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sejak kerajaan mengumumkan PKPD Selasa lalu.

Katanya, pengedaran bakul makanan mengandungi beras, gandum, gula dan minyak masak itu dilakukan tanpa bersemuka dengan KIR sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

"Bakul makanan mengandungi barangan keperluan utama itu hanya diletakkan di hadapan pintu rumah penduduk," katanya ketika program pengagihan bantuan di kawasan perumahan Kampung Teluk Menara, Manir, di sini, hari ini.

Yang turut hadir adalah Pegawai Pembangunan Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Zawawi Ismail dan Pegawai Khas Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Pauzi Yusoff.

Pada program itu, Mohd Zawawi yang mewakili Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid turut menyumbangkan 263 bakul makanan untuk diagihkan kepada KIR.

Kampung Teluk Menara, Manir, di sini, dikenakan pelaksanaan PKPD selama 14 hari berkuat kuasa Selasa lalu susulan 88 kes positif COVID-19, direkodkan dalam Kluster Teluk Menara.

Helmi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, berkata pengagihan bantuan bakul makanan itu dilaksanakan secara berperingkat sejak Rabu lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon