You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

7 kediaman terjejas akibat hakisan tanah

Berita Harian logo Berita Harian 1/10/2020 Faris Fuad
a large room: Hakisan tanah dekat Persiaran Syed Putra menyebabkan 11 penghuni daripada enam unit pangsapuri terpaksa berpindah sementara berikutan kediaman tidak selamat diduduki untuk sementara waktu. - Foto ihsan Bomba KL © Provided by Berita Harian Hakisan tanah dekat Persiaran Syed Putra menyebabkan 11 penghuni daripada enam unit pangsapuri terpaksa berpindah sementara berikutan kediaman tidak selamat diduduki untuk sementara waktu. - Foto ihsan Bomba KL faris.fuad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam unit pangsapuri tiga tingkat dan sebuah rumah kongsi terjejas akibat hakisan tanah di tebing dekat Persiaran Syed Putra, di sini, semalam.

Bagaimanapun, masing-masing 11 dan tujuh penghuni unit pangsapuri dan rumah kongsi dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan awal pagi ini memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.58 malam.

Susulan itu, katanya, seramai 17 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, kita dapati enam unit pangsapuri terjejas akibat hakisan tanah.

"Pemeriksaan lanjut mendapati ada sebuah rumah kongsi di kawasan situ didiami lima lelaki dan dua wanita warga asing.

"Kesemua mereka dinasihatkan keluar dari rumah masing-masing atas faktor keselamatan," katanya.

Menurut kenyataan itu, beberapa kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berada di lokasi kejadian bagi membuat penilaian mengenai situasi semasa.

"DBKL mendapati kediaman berkaitan tidak selamat diduduki untuk sementara waktu.

"Operasi bomba selesai pada jam 11.45 malam tadi dan kes itu diserahkan kepada DBKL untuk tindakan selanjutnya," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon