You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Ahli Parlimen bingung; 1Utama ada PKP, seberang jalan di TTDI tiada PKP

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 5 days ago FMT Reporters
a close up of a girl: Kejanggalan berada antara “dua dunia”, iaitu di kawasan 1Utama bawah PKP dan di TTDI yang tidak dikenakan PKP, diutarakan oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh. © Provided by Free Malaysia Today Kejanggalan berada antara “dua dunia”, iaitu di kawasan 1Utama bawah PKP dan di TTDI yang tidak dikenakan PKP, diutarakan oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

PETALING JAYA: Jika anda di sekitar pusat membeli belah 1Utama di Petaling, Selangor, maka anda bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menanggung pelbagai sekatan mulai Khamis.

Namun, anda cuma perlu lintas jalan dan seketika lagi, anda berada di Taman Tun Dr Ismail – tidak ada PKP. Ini kerana TTDI terletak dalam Kuala Lumpur.

Kejanggalan berada antara “dua dunia” itu diutarakan oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

“Saya cuba memahami PKP terbaharu untuk banteras Covid.

“Di sebelah 1Utama = PKP; tapi lintas jalan, satu lampu isyarat sahaja, di sebelah TTDI, KL = tiada PKP,” kata beliau menerusi Twitter.

“Saya tidak faham strategi Majlis Keselamatan Negara (apabila menyenaraikan kawasan PKP),” kata Yeoh.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaacob mengumumkan enam daerah di Selangor diletakkan bawah PKP selama 12 hari mulai Khamis, ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19.

Enam daerah berkenaan adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, dan Sepang.

Sepanjang tempoh itu, pergerakan merentas negeri dan daerah bagi kawasan berkenaan tidak dibenarkan sama sekali, kecuali atas urusan kecemasan.

Ia juga menyaksikan premis makanan seperti restoran, trak makanan, penjaja, dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 malam sahaja.

Manakala stesen minyak, dan kedai runcit, serbaneka, dan keperluan harian, serta farmasi dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam. Stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Pasar harian, tani, awam dan minggu dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang.

Meskipun begitu, di sebalik kawalan ketat ini, kerajaan mengumumkan bazar Ramadan di enam daerah terbabit “masih dibenarkan mengikut SOP ketat”, namun operasinya tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

Segala sekatan itu di kawasan 1Utama, tapi lintas jalan, tidak ada di TTDI, KL.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon