You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Ahmad Zahid diminta adakan solat sunat istikharah - Md Alwi

Harian Metro logo Harian Metro 8/4/2021 Nor Fazlina Abdul Rahim
a man wearing a suit and tie: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. © Provided by Harian Metro Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta membuat solat sunat istikharah bagi memastikan beliau membuat keputusan terbaik ketika berdepan kemelut politik, termasuk desakan untuk meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, bagaimanapun berkata ia terpulang kepada presiden parti untuk membuat keputusan.

"Tidak adil untuk menyatakan sama ada Ahmad Zahid perlu berhenti atau tidak. Terpulang pada beliau, memang di mana-mana pun kalau ada masalah orang suruh berhenti, Perdana Menteri pun orang suruh berhenti.

"Kalau kita jadi pemimpin kita akan hadapi banyak dugaan, lagi banyak dugaan lagi kuat sepatutnya kita. Sebagai seorang individu beliau (Ahmad Zahid) tahu apa perlu dilakukan.

"Terserah pada beliau. Beliau kena duduk tanya hati, istikharah, tanya kawan-kawan, tanya sahabat, mana lebih untuk negara, mana lebih baik untuk bangsa, mana lebih baik untuk diri sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan U.N.I Klinik anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Bachok, Kelantan, hari ini.

Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas berkata demikian ketika ditanya sama ada Ahmad Zahid perlu melepaskan jawatan Presiden Umno atau tidak.

Media sebelum ini melaporkan, Ahmad Zahid dikaitkan dengan kontroversi susulan tersebarnya rakaman perbualan telefon yang didakwa suara miripnya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Rakaman empat minit itu awalnya berkisar dalam lingkaran orang Umno dan antara lain berhubung apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020.

Susulan rakaman berkenaan, beberapa pemimpin Umno menegaskan Ahmad Zahid perlu berundur sekiranya rakaman itu tulen.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon