You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

AS akan beli 500 juta dos vaksin untuk dunia

Berita Harian logo Berita Harian 5 days ago
a close up of a bottle: Amerika Syarikat akan membeli 500 juta dos vaksin COVID-19 untuk diedarkan ke seluruh dunia. - Foto AFP © Provided by Berita Harian Amerika Syarikat akan membeli 500 juta dos vaksin COVID-19 untuk diedarkan ke seluruh dunia. - Foto AFP

PARIS: Amerika Syarikat (AS) akan membeli 500 juta dos vaksin COVID-19 untuk diedarkan ke seluruh dunia, lapor media semalam, ketika Perancis dan Belgium melonggarkan sekatan virus untuk membenarkan restoran serta kafe menyediakan perkhidmatan makan di kedai.

Washington Post dan New York Times, memetik mereka yang biasa dengan perkara itu berkata, Presiden Joe Biden akan mengumumkan sumbangan besar dos Pfizer-BioNTech itu secara rasmi pada mesyuarat G7 di Britain, minggu ini.

Langkah itu dibuat ketika AS berdepan tekanan untuk melakukan lebih lagi mengenai kekurangan vaksin di peringkat global, yang mana negara kaya membeli sebahagian besar vaksin di peringkat awal bekalan.

Dengan jumlah kematian di seluruh dunia melebihi 3.7 juta, banyak negara masih bergelut untuk membendung pandemik itu.

Pemberian vaksin yang cepat di bahagian dunia yang lebih kaya, termasuk AS dan Eropah, membenarkan pelaksanaan semula aktiviti beberapa bulan yang lalu.

Di Perancis, ia termasuk minum di kafe, yang dibenarkan untuk pertama kalinya dalam masa beberapa bulan semalam.

"Ia sesuatu yang menggembirakan untuk minum kopi di kafe. Kehidupan normal bermula semua secara berperingkat," kata pekerja pengangkutan, Hammou Mraoui, yang menikmati kopi di sebuah bar di Paris.

Dengan melonggarkan perintah berkurung di Perancis, premis berkenaan bukan hanya dibuka di bahagian dalam tetapi juga di luar dengan masa tambahan selama dua jam sehingga jam 11 malam.

Langkah baharu itu juga menyaksikan gimnasium dibuka, yang membawa kelegaan kepada penggemar aktiviti kecergasan seperti Stephanie Moscoso.

"Saya menetapkan penggera jam pagi ini, ia sangat awal. Saya lihat matahari, saya berkata kepada diri saya: ini adalah permulaan hidup baharu," kata wanita berusia 35 tahun itu yang tiba di gimnasium tempatan di Paris pada jam 8 pagi.

Belgium juga melonggarkan sekatan dengan membenarkan kafe dan restoran menyediakan perkhidmatan di dalam kedai, manakala peraturan memakai pelitup muka dilonggarkan di Brussels. - AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon