You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Bekalan ikan mencukupi ketika PKP, Tahun Baru Cina

Harian Metro logo Harian Metro 22/1/2021 Zuliaty Zulkiffli
a pile of fish: FOTO HIASAN © Provided by Harian Metro FOTO HIASAN am@hmetro.com.my

Alor Setar: Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) memberi jaminan bekalan ikan dan hasil laut lain mencukupi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di samping sambutan Tahun Baru Cina ini.

Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata, walaupun pelaksanaan PKP dilakukan hampir di semua negeri kecuali Sarawak, namun pihaknya akan memastikan stok bekalan ikan mencukupi.

Beliau berkata, ini termasuk bekalan ikan sejuk beku yang disimpan bagi mengelakkan bekalan ikan dan hasil tangkapan laut tidak terputus.

"Setakat ini hasil tangkapan ikan agak berkurangan di seluruh negara dan jika dilihat, saiznya agak kurang matang dan Insya-Allah dalam tempoh dua minggu lagi tangkapan mungkin akan meningkat.

"Setakat ini, hasil tangkapan sebanyak 500 metrik ikan pelbagai spesis termasuk hasil laut yang lain disimpan di Kompleks Sejuk Beku Nekmat yang dijadikan tempat pengumpulan dan pengedaran ikan di Taman Wahyu, Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, Nekmat turut menyimpan ikan rakyat seperti kembung, pelaling, selayang, selar, keli dan talapia, malah bersedia untuk menjual dengan harga murah sekiranya permintaan meningkat.

Menurutnya, pihaknya sudah memaklumkan kepada semua Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di setiap negeri terutama Selangor, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak supaya mengedar bekalan ikan di kawasan yang terjejas.

"Nelayan mengharapkan hasil tangkapan yang banyak dan dalam tempoh dua atau tiga hari ini, nelayan perlu bekerja keras untuk mendapatkan hasil tangkapan.

"Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini mungkin tidak semeriah seperti tahun sebelum ini kerana biasanya masyarakat Cina membuat tempahan ikan untuk makan besar, namun kita akan pastikan bekalan ikan mencukupi untuk perayaan itu tahun ini," katanya.

Katanya, harga ikan turut meningkat berikutan faktor cuaca dan kekurangan hasil tangkapan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • More From Harian Metro

    image beaconimage beaconimage beacon