You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Beri laluan kepada pemimpin muda, Khaled tak akan bertanding PRN Johor

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 24/1/2022 FMT Reporters
© Provided by Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, menafikan dakwaan akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor dengan membuat kemunculan semula sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah Kota Tinggi.

Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor menegaskan beliau tidak berhasrat menawarkan diri untuk bertanding pada PRN kali ini.

“Tidak, saya tidak akan bertanding dan tidak menawarkan diri untuk bertanding pada PRN Johor. Isu ini tidak timbul. Itu bukan keutamaan saya mahu pun Umno.

“Kena faham kita nak pastikan Johor kembali stabil dan kepentingan rakyat perlu diutamakan berbanding perkara lain,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Ketua Bahagian Umno Pasir Gudang itu berkata, Menteri Besar Johor Hasni Mohammad sudah menerajui pentadbiran negeri dengan baik.

“Saya percaya Hasni Mohammad melakukan kerja yang baik menerajui negeri.

“Kita perlu beri peluang dan pendedahan kepada pemimpin muda untuk bertanding. Ini adalah keputusan saya walaupun ada pihak mendakwa saya akan bertanding, itu tidak benar,” katanya.

Pada 14 Jan, Khaled berkongsi gambar beliau menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa beliau bakal membuat kemunculan semula dan bertanding pada PRN Johor.

Khaled sebaliknya menjelaskan pertemuan bersama Sultan Johor itu sekadar bertanya khabar di samping membincangkan isu semasa membabitkan negeri Johor termasuk isu banjir.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), Khaled tewas di kerusi DUN Permas kepada calon Bersatu Che Zakaria Mohd Salleh apabila mendapat 20,047 undi berbanding 28,793 undi, dengan majoriti 8,746 undi.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon