You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Bjak.my sasar sumbangan RM1 juta untuk mangsa banjir

Harian Metro logo Harian Metro 14/1/2021 Mohammad Asyraf Khalib
a cake made to look like a christmas tree: Situasi banjir semakin kritikal khususnya di Pahang, Johor dan Terengganu. - FOTO Hiasan © Provided by Harian Metro Situasi banjir semakin kritikal khususnya di Pahang, Johor dan Terengganu. - FOTO Hiasan

SYARIKAT perkhidmatan teknologi Bjak.my bakal melancarkan tabung Bjak Kasih bagi membantu ribuan mangsa banjir di beberapa negeri terjejas.

Menurut Pegawai Perhubungan Korporat Bjak.my, Amierul Nasir tabung itu satu inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia khususnya pengguna Bjak.my membantu mangsa banjir.

"Bencana banjir kali ini sangat dahsyat, hampir menyamai peristiwa banjir pada tahun 2014. Lebih menyedihkan apabila ia turut meragut nyawa beberapa individu dalam sekelip mata.

"Ia sangat memilukan apatah lagi kini negara juga sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

"Kami yakin, semua pihak bersimpati dengan nasib mangsa banjir dan cuba menghulurkan bantuan kepada mereka semampu boleh. Justeru, tabung ini memudahkan rakyat Malaysia membantu mangsa di luar sana," katanya.

Untuk menyumbang bersama menerusi tabung Bjak Kasih, pelanggan Bjak.my boleh menyalurkannya sewaktu memperbaharui insurans kereta di platform Bjak.my dengan menekan pautan disediakan.

"Setiap ringgit yang disumbangkan pelanggan Bjak.my, syarikat kami akan menggandakannya dengan jumlah sama.

"Strategi kami berbeza kerana bukan saja membantu mangsa banjir, malah menggalakkan pelanggan untuk turut serta sekali gus dapat meningkatkan hasil kutipan sumbangan," katanya. 

Tabung Bjak Kasih akan dibuka bermula 15 Januari sehingga 31 Januari 11.59 malam.

Bjak.my menyasar jumlah RM1 juta untuk kutipan tabung ini dan hasil sumbangan akan disalurkan segera kepada mangsa banjir pada pertengahan Februari.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon