You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Dapat makan percuma

Harian Metro logo Harian Metro 3 days ago Agensi
FOTO HIASAN. © Provided by Harian Metro FOTO HIASAN.

Bangkok: Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun menggemparkan Thailand baru-baru ini kerana menyerah diri untuk ditangkap selepas mencuri barangan dekat sebuah farmasi.

Oddity Central melaporkan kejadian luar biasa itu dilaporkan berlaku pada tengah hari 29 Julai lalu di sebuah farmasi di wilayah Chonburi, selatan bandar ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Phichit oleh polis pada mulanya ditangkap mencuri tiga sabun bernilai 17 baht (kira-kira RM2.13) oleh kakitangan di farmasi berkenaan.

Premis itu memberi amaran yang sangat jelas terhadap kegiatan mencuri kedai dengan penjenayah boleh didenda sehingga 30 kali ganda nilai barang yang dicuri dan juga hukuman penjara.

Bagaimanapun, dalam kes itu kakitangan berkenaan sanggup melepaskan Phichit, malah seorang saksi kejadian menawarkan untuk membayar denda untuknya.

Phichit menolak dan meminta kakitangan menghubungi polis.

Phichit menuntut dia ditangkap kerana jenayah dilakukan jadi kakitangan farmasi tidak mempunyai pilihan selain menurut permintaannya.

Ketika disoal siasat, Phichit memberitahu dia lebih suka menghabiskan masa di penjara kerana akan menerima tiga kali makanan percuma dalam sehari dan bergaul dengan orang lain, bukannya di jalanan tanpa pekerjaan dan berisiko untuk mati kelaparan.

Tidak jelas bagaimana pegawai polis memilih untuk menangani situasi itu namun kisah Phichit menjadi peringatan menerima keadaan teruk yang dialami ramai rakyat Thai pada masa ini dengan inflasi mencecah paras tertinggi sejak 2008.

Menariknya, Phichit bukanlah individu pertama yang rela hati ditangkap.

Beberapa tahun lalu, seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melakukan cubaan merompak bank hanya untuk ditangkap kerana mahu berjauhan dengan isteri yang kuat membebel.

Terdapat juga kes lelaki yang merompak sebuah bank tidak lama selepas menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan di luar tahanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon