You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Denda tinggi sahaja tidak akan henti jenayah hidupan liar, Putrajaya diberitahu

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 8/4/2021 Durie Rainer Fong
a small animal in a garden: Beruang matahari yang dilepaskan oleh Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo ke alam semula jadi. Ahli biologi Wong Siew Te berkata, jenayah ke atas hidupan liar mesti ditangani seperti jenayah ke atas manusia. (Gambar BSBCC) © Provided by Free Malaysia Today Beruang matahari yang dilepaskan oleh Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo ke alam semula jadi. Ahli biologi Wong Siew Te berkata, jenayah ke atas hidupan liar mesti ditangani seperti jenayah ke atas manusia. (Gambar BSBCC)

KOTA KINABALU: Seorang pakar hidupan liar menyambut baik rancangan kerajaan untuk menaikkan denda maksimum bagi aktiviti pemerdagangan hidupan liar ke RM1 juta, tetapi berkata, ia tidak akan menjadi pencegah tanpa langkah jelas untuk memastikan penguatkuasaan lebih ketat.

Ahli biologi hidupan liar Wong Siew Te, yang mengelola Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo berkata, meminda undang-undang sahaja tidak akan cukup untuk menangani pemburuan haram dan jenayah lain terhadap hidupan liar.

“Denda RM1 juta akan menjadi penghalang, tetapi hanya jika ada penguatkuasaan yang efektif diikuti dengan pendakwaan yang berjaya,” katanya kepada FMT.

“Saya selalu menyatakan bahawa kita perlu memperlakukan jenayah ke atas hidupan liar sama seperti kita menangani jenayah terhadap manusia.

“Oleh itu, apabila undang-undang dikuatkuasakan, kita mesti melaksanakannya dengan betul.

“Sekiranya kita meluluskan undang-undang, tetapi tanpa penguatkuasaan dan pendakwaan cekap untuk melengkapkannya, maka itu tidak akan menghalang siapa pun.

“Hidupan liar kita akan terus hilang sehingga suatu hari kita sudah terlambat untuk mencegahnya. ”

Wong Siew Te sitting on a bench: Wong Siew Te dengan beruang matahari. (Gambar BSBCC) © Provided by Free Malaysia Today Wong Siew Te dengan beruang matahari. (Gambar BSBCC)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah baru-baru ini berkata, kerajaan kini di peringkat akhir untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar bagi meningkatkan usaha membendung aktiviti pemerdagangan haiwan liar.

Katanya, pindaan itu akan menyaksikan denda maksimum bagi kesalahan pemerdagangan haiwan liar, termasuk pemburuan haram, meningkat dari RM500,000 ke RM1 juta.

Undang-undang itu juga memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun. Hakim juga boleh menjatuhkan hukuman denda atau penjara ke atas pesalah atau kedua-dua hukuman.

Wong berkata, adalah sesuatu yang baik apabila kerajaan persekutuan menunjukkan kesungguhan dalam menangani jenayah terhadap hidupan liar.

Justeru, beliau mendesak kerajaan Sabah supaya mengikutinya dengan meminda Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar negeri.

Pada 2016, enakmen itu dipinda untuk meningkatkan denda dan hukuman penjara ke atas kesalahan terhadap spesies yang dilindungi sepenuhnya.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda antara RM50,000 hingga RM250,000 dan penjara antara satu hingga lima tahun.

Kerajaan negeri sebelum ini berkata, ia bersedia untuk memperketat hukuman selepas meningkatnya jumlah pembunuhan gajah pygmy.

Benoit Goossens, pengarah penyelidikan Danau Girang Field Center, juga menyambut baik langkah kerajaan persekutuan menambahbaik undang-undang terbabit.

“Sudah pasti, ia boleh bertindak sebagai pencegah,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, langkah itu tidak akan terus menghentikan pemburuan haram.

“Lihat sahaja jenayah yang melibatkan dadah. Walaupun ada hukuman mati, penjualan dadah tidak berhenti.

“Bagaimanapun, saya juga percaya denda RM1 juta bukan perkara buruk. Saya hanya berharap supaya ketuanya dapat ditangkap. ”

Pakar gajah pygmy Borneo, Nurzhafarina Othman berkata, beliau percaya denda yang tinggi akan menakutkan pemburu individu, “tetapi tidak sindiket”.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon