You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Dipecat kali pertama lewat

Harian Metro logo Harian Metro 3 days ago Agensi
FOTO HIASAN. © Provided by Harian Metro FOTO HIASAN.

London: Seorang lelaki didakwa dipecat majikannya walaupun pertama kali tiba lewat di tempat kerjanya dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Portal NDTV melaporkan kisah itu dikongsikan salah seorang rakan sekerja lelaki terbabit di Reddit.

Berdasarkan perkongsian itu, lelaki berkenaan dipecat hanya kerana lewat 20 minit tiba di tempat kerja dan tidak diketahui di mana kejadian itu berlaku.

Apa yang berlaku menyebabkan kakitangan sedia ada melakukan protes dengan datang lewat keesokan harinya sehingga rakan mereka yang dipecat dikembalikan semula.

"Esok, saya dan semua rakan sekerja saya akan datang lewat dan terus begitu sehingga majikan kami mengambilnya semula," katanya.

Hantaran itu dimuat naik dengan kapsyen, "Rakan sekerja yang tidak pernah lewat selama lebih tujuh tahun, dipecat kerana pertama kali lewat."

Perkongsian itu mendapat perhatian hingga meraih lebih daripada hampir 79,000 sokongan sejak dikongsi di Reddit.

Ia turut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya mengecam tindakan majikan itu.

Seorang pelayar mengandaikan pekerja yang diberhentikan kerja itu mungkin datang lewat kerana menghadapi masalah kewangan.

Sementara itu, seorang lagi pelayar membuat andaian majikan hanya menjadikan isu datang lewat sebagai alasan untuk memberhentikan pekerja itu dan menggantikannya dengan seseorang yang gajinya lebih rendah.

Selain kecaman, ramai juga pelayar forum yang menceritakan pengalaman mereka berdepan insiden serupa.

Seorang pelayar berkongsi bahawa dia pernah lewat ke tempat kerja kerana ribut salji.

Katanya, itu adalah kali pertama dalam tempoh enam tahun dia lewat tetapi tidak dipecat kerananya.

Bagaimanapun, pelayar itu memberitahu majikannya menyatakan isu datang lewat itu dalam ulasan tahunannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon