You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Gambar hutan ‘botak’ dikatakan dekat Air Terjun Kota Tinggi jadi perbualan warganet

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 26/9/2021 Fahmi Yusof
Imej satelit dikongsikan dan tular di Twitter menunjukkan kawasan hutan berdekatan Air Terjun Kota Tinggi gondol. (Gambar Google Earth) © Provided by Free Malaysia Today Imej satelit dikongsikan dan tular di Twitter menunjukkan kawasan hutan berdekatan Air Terjun Kota Tinggi gondol. (Gambar Google Earth)

JOHOR BAHRU: Gambar satelit kawasan dikatakan berdekatan Air Terjun Kota Tinggi menjadi perbualan warganet, kerana ia memaparkan sebahagian besar hutan ‘botak’.

Rata-rata warganet terkejut dengan imej yang dikongsi pengguna Twitter, @radinmikah, itu yang sehingga berita ini ditulis telah dikongsi sebanyak lebih 200 kali.

Dalam satu gambar susulan, memaparkan kawasan itu secara panoramik, Radin menulis: “Sebelah air terjun. Sebelah lagi tempat melombong. Kah.”

FMT sedang mengesahkan hal berkenaan dengan pihak berkuasa, namun seorang aktivis masyarakat, Faris Jasma, mendakwa beliau ternampak hutan yang telah ditebang dan tanah yang telah ditarah berdekatan Air Terjun Kota Tinggi, ketika kali terakhir berkunjung ke situ sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Menurutnya, ia dapat dilihat sebelum memasuki gerbang ke kawasan pelancongan itu.

“Sebenarnya apa yang kita nampak itu adalah aktiviti kuari melombong bijih besi. Dah lama kuari ni,” katanya.

Faris mendakwa pada 2010, jalan menuju ke sebuah resort di situ berhabuk dan air Sungai Pelepah – yang mengalir dari air terjun – kekuningan, dipercayai kesan aktiviti perlombongan.

Katanya lagi, aktiviti perlombongan itu turut diketahui kakitangan di resort berkenaan.

Rata-rata warganet terkejut dengan imej yang dikongsi pengguna Twitter, @radinmikah, itu yang sehingga berita ini ditulis telah dikongsi sebanyak lebih 200 kali. © Provided by Free Malaysia Today Rata-rata warganet terkejut dengan imej yang dikongsi pengguna Twitter, @radinmikah, itu yang sehingga berita ini ditulis telah dikongsi sebanyak lebih 200 kali.

“Bila ada projek membabitkan kawasan yang boleh terjejasnya alam sekitar, mana-mana kerajaan pun tahu mengenai penilaian impak alam sekitar (EIA) perlu dibuat. Adakah projek ini ada laporan EIA?” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Ahmad Ismail, berkata kerja-kerja penebangan hutan dan penarahan tanah patut dihentikan sekiranya sedang berjalan, lebih lagi kerana musim tengkujuh bakal tiba.

“Sekarang masa yang sesuai untuk lakukan tinjauan dan lihat kesannya ketika hujan, selain boleh kita lihat adakah banjir setiap tahun disebabkan daripada aktiviti pencerahan hutan ini?” soal beliau.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon