You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Hidap demam viral, Kit Siang dimasukkan ke hospital

Projek MM logo Projek MM 2/7/2020 Hans Yusoff
Lim Kit Siang et al. sitting in a chair: Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dirawat di sebuah hospital kerana mengalami demam viral. © Provided by Projek MM Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dirawat di sebuah hospital kerana mengalami demam viral.

KUALA LUMPUR, 2 Julai ― Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam viral.

Perkara itu disahkan anaknya yang juga Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di media sosial, hari ini.

Menerusi hantaran dimuat naik Guan Eng, Kit Siang berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang tanda penyakit lain.

“Ayah (Kit Siang) dimasukkan ke hospital kerana demam viral (bersyukur bukan Covid-19). Terima kasih untuk setiap ucapan. Doakan beliau segera sembuh,” katanya di Twitter.

Kit Siang merupakan antara veteran politik paling lama di Malaysia selepas mula menjadi ahli parlimen sejak 1969.

Selain itu, Kit Siang juga pernah pernah mengetuai blok Pembangkang Parlimen Malaysia dari 1974 hingga 1999.

Related Articles Mana undang-undang? Rais persoal penangguhan kes Najib hanya kerana kempen PRK Chini Muat naik foto lama bersama Muhyiddin di Instagram, Bung Moktar akui persahabatan terus kekal Penang DAP reiterates no wrongdoing in state’s undersea tunnel project

More From Projek MM

image beaconimage beaconimage beacon