You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Hutan Simpan Kuala Langat sumber penting kawasan gambut Selangor

Berita Harian logo Berita Harian 7/9/2021 Rohaniza Idris
a group of palm trees next to a tree: gambar hiasan © Provided by Berita Harian gambar hiasan roha@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Hutan Simpan Kuala Langat penting sebagai sumber paya gambut di Selangor, lebih-lebih lagi kawasan sekitarnya kini sudah dibangunkan.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Profesor Dr Ahmad Ismail, berkata kawasan hutan paya gambut itu kini menjadi pulau hutan dikelilingi kawasan yang sudah membangun.

Katanya, kawasan itu juga penting dari segi ekologi untuk keseimbangan air, stok karbon dioksida dan biodiversiti.

"Kekurangan maklumat biologi, geologi, dan hidrologi membuatkan kita tidak nampak kepentingan hutan secara menyeluruh untuk manusia dan alam sekitar.

"Hutan ini mesti disimpan untuk kepentingan manusia, kepelbagaian biologi dan alam sekitar. Kawasan yang semakin merosot seperti ini mesti dipulihara dan mendapatkan nasihat pakar yang betul," katanya kepada BH.

Ahmad yang juga pakar Ekotoksikologi dan Ekologi Hidupan Liar, berkata Hutan Simpan Kuala Langat penting untuk manusia bukan hanya untuk pendidikan, malah bagi penyelidikan dan pelancongan.

Katanya, hutan ini mesti disimpan untuk kepentingan manusia, kepelbagaian biologi dan alam sekitar.

"Pandangan ahli sains pemuliharaan tidak sama dengan pakar rekreasi dan pelancongan, mana kita kena melihat dari segi isu sebenar.

"Isu sebenar ialah pemuliharaan hutan berkenaan untuk generasi akan datang, selain keunikan hutan berkenaan.

"Maka pakar pemuliharaan, pakar ekologi, pakar kepelbagaian biologi perlu dirujuk," katanya.

Beliau berkata, isu mengganti hutan lain tidak timbul kerana Hutan Simpan Kuala Langat Utara tiada ganti, malah kawasan yang rosak mesti dipulihara dan ditanam dengan pokok sesuai serta diuruskan dengan baik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon