You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Isu DNB: Zahidi cadang tukar menteri kewangan

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 24/6/2022 Yasmin Abdul Latif
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata pertemuannya dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkait isu DNB tidak menemui penyelesaian. © Provided by Free Malaysia Today Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata pertemuannya dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkait isu DNB tidak menemui penyelesaian.

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin mencadangkan kerajaan menukar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz susulan isu berkait Digital Nasional Berhad (DNB).

Zahidi yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, hasil pertemuannya dengan Tengku Zafrul tidak menemui titik penyelesaian apabila beliau memaklumkan menteri kewangan itu mencabarnya “berlawan”.

Ia selepas beliau bertanya mengenai memorandum daripada Pemuda Umno untuk siasatan dijalankan berhubung pelancaran rangkaian 5G oleh DNB.

“Saya wakil MKT ingin mendapat penjelasan pasal isu memorandum, dia (Zafrul) tak mahu dengar, nak lawan kita lawan itu jawapan dia.

“Kalau pasal menteri kewangan ini saya minta dalam mesyuarat kalau boleh kita tukar,” katanya ditemui selepas mesyuarat MKT Umno.

Terdahulu, Zahidi yang menerima memorandum itu berkata, beliau akan membawa perkara berkenaan ke mesyuarat MKT Umno dan Jemaah Menteri.

Zahidi sebelum ini menyatakan kekesalan kerana sering dipinggirkan dalam pembangunan 5G Malaysia.

Selain daripada penerangan tentang hasrat kerajaan untuk mengekalkan DNB sebagai penyedia tunggal 5G di Malaysia, dia tidak dijemput menyertai perjumpaan dan mesyuarat lain berkaitan DNB.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon