You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Jabatan Amal bantu urus pengebumian jenazah pesakit COVID-19

Berita Harian logo Berita Harian 5/8/2021 Nur Izzati Mohamad
a group of people standing in front of a truck: Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKD SPU) turut dibantu penduduk lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menguruskan jenazah COVID-19 untuk dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Penaga di sini. NSTP/Danial Saad © Provided by Berita Harian Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKD SPU) turut dibantu penduduk lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menguruskan jenazah COVID-19 untuk dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Penaga di sini. NSTP/Danial Saad bhnews@bh.com.my

KEPALA BATAS: Peningkatan jenazah pesakit COVID-19 dalam daerah Seberang Perai Utara mendorong Jabatan Amal Malaysia (JAM) Pulau Pinang tampil membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di sini, menguruskan proses pengebumian.

Ia adalah inisiatif pasukan kebajikan sukarela itu bagi meringankan beban petugas barisan hadapan daerah berkenaan yang terpaksa berdepan peningkatan jenazah pesakit COVID-19.

Penasihat JAM negeri, Mohd Yusni Mat Piah, berkata pihaknya sudah lama mengesyorkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membantu menguruskan jenazah pesakit COVID-19 beragama Islam.

"Bagaimanapun, ketika itu belum ada keperluan kerana jumlah kematian tidak banyak dan petugas kesihatan mampu menguruskannya sendiri.

"Namun, baru-baru ini jumlah kematian pesakit Covid-19 terutamanya dalam daerah Seberang Perai Utara meningkat sehingga difahamkan antara tujuh hingga lapan jenazah sehari.

"Keadaan itu menyebabkan pihak PKD meminta kami membantu," katanya ketika dihubungi, di sini.

Dalam pada itu, Mohd Yusni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, sebelum menguruskan jenazah, pihaknya diberi taklimat mengenai tatacara menguruskan jenazah pesakit COVID-19.

"Kami juga tidak bimbang kerana semua proses dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Setakat ini, semuanya berjalan lancar dan kita lega kerana dapat membantu petugas barisan hadapan," katanya.

Beliau berkata, buat permulaan pasukan sukarela itu menerima permintaan menguruskan jenazah pesakit COVID-19 dalam daerah Seberang Perai Utara sahaja.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon