You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kelulusan bersyarat tiga lagi vaksin supaya ia selamat dan berkesan

Berita Harian logo Berita Harian 2/3/2021 Mohd Iskandar Ibrahim
© Provided by Berita Harian mohd_iskandar@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kelulusan pendaftaran secara bersyarat tiga vaksin COVID-19 seperti diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah untuk memastikan ia berkesan dan selamat digunakan.

Vaksin berkenaan adalah AstraZeneca yang dihasilkan oleh Medimmune Pharma di Belanda, Coronavac keluaran Sinovac di China dan COMIRNATY (Pfizer) yang dihasilkan oleh BioNTech di Jerman.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata semua vaksin terbabit adalah sebahagian daripada portfolio Malaysia dan pengumuman kelulusan bersyarat itu amat dialu-alukan bagi menambah bekalan vaksin COVID-19 negara.

"Bagi vaksin AstraZeneca, mereka memenuhi pesanan melalui kilang pembuatan yang berbeza di seluruh dunia. Untuk Malaysia dan Asia Pasifik, mereka akan mengeluarkan vaksin itu di sebuah kilang di Thailand. Bukan dari kilang di Belanda.

"Ini bermaksud kilang di Thailand perlu mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum kita boleh menggunakannya di Malaysia.

"Ini untuk memastikan kilang terbabit memenuhi standard kualiti yang diperlukan. Kami sedang menunggu pihak Astra menyerahkan dokumen berkaitan mengenai kilang terbabit," katanya menerusi beberapa siri ciapan di Twitter.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, vaksin Sinovac juga perlu melalui proses sama sebelum ia boleh digunakan.

Jelasnya, vaksin terbabit melalui proses 'fill and finish' di kilang Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) dekat Puchong.

"Sementara kita menunggu Pharmaniaga mendapat kelulusan NPRA, saya sudah meminta supaya vaksin yang sudah siap, dihantar dari kilang Sinovac di China supaya kita boleh memasukkannya dalam bekalan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

"Pendaftaran Pfizer pula adalah untuk kilang tambahan di Eropah yang menghasilkan vaksin terbabit. Sebelum ini kita menerima bekalan dari kilang di Belgium. Kini kita mungkin akan menerima vaksin Pfizer dari Jerman serta kelulusannya," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon