You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kerajaan ada bukti untuk ‘usir’ UNHCR jika beri kad kepada bukan pelarian, kata Hamzah

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 27/5/2022 Faiz Zainudin
Hamzah Zainudin berkata, terdapat juga bukti di mana UNHCR dengan kerjasama pihak lain kononnya menggunakan nama persatuan Rohingya memberikan kad perlindungan itu kepada warganegara Indonesia dan India yang bukannya terdiri daripada pelarian. (Gambar Facebook) © Provided by Free Malaysia Today Hamzah Zainudin berkata, terdapat juga bukti di mana UNHCR dengan kerjasama pihak lain kononnya menggunakan nama persatuan Rohingya memberikan kad perlindungan itu kepada warganegara Indonesia dan India yang bukannya terdiri daripada pelarian. (Gambar Facebook)

KLANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai bukti untuk “mengusir” Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia selepas terdapat kesalahan- kesalahan dikesan dilakukan dalam mengeluarkan kad kepada pelarian berlindung di Malaysia.

Menterinya Hamzah Zainuddin, berkata terdapat juga bukti di mana UNHCR dengan kerjasama pihak lain kononnya menggunakan nama persatuan Rohingya memberikan kad perlindungan itu kepada warganegara Indonesia dan India yang bukannya terdiri daripada pelarian.

“Saya nak bagi satu contoh bagaimana seorang warga Indonesia boleh mendapat kad UNHCR, jadi sebab itu kita nak beritahu kepada UNHCR, ini negara kita, negara Malaysia, jangan mengeluarkan kad dengan sewenangnya atas persetujuan persatuan Rohingya.

“Ini menunjukkan mereka seolah-olah ada kerjasama, mana boleh satu persatuan yang tidak tertubuh dan tidak didaftarkan di Malaysia melakukan sesuatu dengan mengeluarkan satu surat mengatakan warga Indonesia ini patut diberikan perlindungan melalui UNHCR.

“Saya nak maklum sudah nampak ada bukti-bukti untuk mencari kesalahan yang dilakukan semua pihak termasuk UNHCR,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi bersama Jabatan Imigresen di Pasar Besar Meru, di sini malam ini,

Hamzah turut tidak menolak kemungkinan wujud sindiket dalam mengeluarkan kad UNHCR.

“Saya lihat tempat tinggal mereka (pelarian) amat sedih sekali, ini membuktikan mereka tidak ada jalan lain selain terus tinggal.

“Kerja di kawasan sebegini dan melahirkan anak, dan saya perhatikan bila lahir anak-anak ini mereka secara automatik diberi kad UNHCR, ia akan membebankan kita,” katanya.

Hamzah berkata, pihaknya akan memanggil wakil UNHCR dan menunjukkan bukti kesalahan yang dikesan Jabatan Imigresen termasuk menyertakan dokumen yang telah disalah guna dan diberikan kepada warga asing yang tidak layak.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon