You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kes harian turun ke paras 3,000 jangkitan, 5 lagi terkorban

MalaysiaNow logo MalaysiaNow 14/5/2022 Staff Writers
© Provided by MalaysiaNow

3,209 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,473,500 kes.

Sebanyak 1,116 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,409,159.

Ketika ini, 28,734 kes aktif direkodkan, dengan 27,358 atau 95.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 23 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,311 (4.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 42 kes dan 33 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.5%.

Lima lagi korban dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,607 orang.

More from MalaysiaNow

image beaconimage beaconimage beacon