You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kita mahu doktor ‘berjiwa kental’, tetapi bukan melalui buli, kata Noor Hisham

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 14/5/2022 Faisal Asyraf
a man wearing a suit and tie: Dr Noor Hisham Abdullah berkata dakwaan kononnya doktor pelatih dibuli untuk menjadikan mereka lebih ‘berjiwa kental’ tidak boleh diterima. © Provided by Free Malaysia Today Dr Noor Hisham Abdullah berkata dakwaan kononnya doktor pelatih dibuli untuk menjadikan mereka lebih ‘berjiwa kental’ tidak boleh diterima.

SUNGAI BULOH: Doktor pelatih perlu mempunyai daya tahan ketika menjalani latihan tetapi tiada alasan untuk mereka dibuli oleh doktor kanan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambahnya, dakwaan kononnya doktor pelatih dibuli untuk menjadikan mereka lebih “berjiwa kental” tidak boleh diterima.

“Kita sedia maklum, perlu keupayaan dan jiwa yang kental untuk menghadapi latihan menjadi doktor. Tetapi cara kita melatih tu, tak perlu atau tak boleh terima budaya buli.

“Pendirian Kementerian Kesihatan (KKM) adalah isu seperti buli dan gangguan seksual tidak boleh diterima,” katanya selepas melancarkan pameran seni Covid-19 di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Walaupun mengakui budaya buli berlaku di mana-mana, Noor Hisham menegaskan, perkara sebegitu mesti dibanteras di hospital sesegera mungkin.

Justeru, tambahnya, KKM akan memberikan komitmen penuh kepada Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang bebas untuk mengeluarkan garis panduan dan langkah-langkah untuk menghapuskan budaya buli.

Beliau berkata, ini pastinya termasuk langkah untuk menambah baik sistem pemberi maklumat dalam kementerian.

“Sistem itu sudah ada tetapi kita mahu mempertingkatkannya. Antaranya adalah cara membuat laporan supaya pemberi maklumat dilindungi,” katanya.

Semalam, KKM mengumumkan penubuhan HWCITF bagi meneliti isu buli serta kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang bulan lepas.

Pasukan petugas itu akan dipengerusikan oleh Naib Canselor UCSI Siti Hamisah Tapsir dan dianggotai lapan pakar lain.

Pada 11 Mei, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin dilaporkan telah menyerahkan kepada KKM nama lima doktor Hospital Pulau Pinang yang didakwa membuli doktor pelatih.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon