You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

KPDNHEP serbu premis jual barangan ciplak

Berita Harian logo Berita Harian 6/3/2021 Amirul Aiman Hamsuddin
a person sitting at a desk: Anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menemui sejumlah 200 unit beg tangan dan dompet pelbagai jenama tiruan disimpan di sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, Kundang, kelmarin. - Foto NSTP/Ihsan KPDNHEP © Provided by Berita Harian Anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menemui sejumlah 200 unit beg tangan dan dompet pelbagai jenama tiruan disimpan di sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, Kundang, kelmarin. - Foto NSTP/Ihsan KPDNHEP bhnews@bh.com.my

RAWANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 200 unit beg tangan dan dompet pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM 27,000 dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Bandar Tasik Puteri, Kundang, di sini, semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah, berkata serbuan dibuat pada 11 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Gombak, susulan aduan daripada wakil pemilik cap dagang dan risikan selama dua minggu.

Beliau berkata, kegiatan itu dilakukan seorang lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM 20,000 sebulan, hanya melalui jualan beg tangan dan dompet tiruan menerusi platform laman Facebook secara 'live' selama dua tahun.

"Difahamkan, keuntungan jualan beg tangan dan dompet tiruan itu meningkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

"Ketika serbuan, kita menemui sejumlah 200 unit beg tangan dan dompet pelbagai jenama Louis Vuitton dan Chanel yang disimpan di sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan dan pusat jualan dalam talian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan mendapati barangan berkenaan disyaki menggunakan cap dagangan palsu dari jenama terkenal.

Muhamad Zikril Azan berkata, hasil soal siasat terhadap lelaki itu, dia menjual beg tangan dan dompet pada harga sekitar RM200 dan RM50 mengikut gred serta kualiti yang diperoleh dari pembekal di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan barang-barang yang cap dagangan dipakai dengan salah merujuk kepada cap dagang berdaftar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon