You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kula nafi video tular ‘kaum India bungkus’

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 1/8/2021 FMT Reporters
K. Kamaraj standing in front of a mirror posing for the camera: M Kula Segaran menunjukkan video tular itu yang menurutnya ia palsu kerana suara yang disunting dalam video terbabit bukan suara beliau. © Provided by Free Malaysia Today M Kula Segaran menunjukkan video tular itu yang menurutnya ia palsu kerana suara yang disunting dalam video terbabit bukan suara beliau.

PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran menjadi mangsa terbaru video yang dipalsukan memaparkan dirinya bercakap dengan memakai pelitup muka tetapi menggunakan trek audio daripada orang lain.

Menerusi video itu, suara terbabit mendakwa kerajaan cuba menghapuskan masyarakat India melalui vaksin yang berlainan dan bukannya Covid-19.

Menyifatkan ia satu tindakan yang hina, Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata sesiapa yang menyunting video atau meniru suaranya jelas telah menyalahgunakan bakat mereka, sambil mempersoalkan apakah ia dihasilkan oleh musuh politiknya.

Dalam video aplikasi Tik Tok sebagai menjawab kepada video tular itu, beliau berkata ada individu cuba meniru suaranya dengan niat jahat dan kejam.

“Ini jelas bukan suara saya. Anda boleh menyemak semua video saya di Tik Tok,” katanya.

Video dalam bahasa Tamil itu menjadi tular di media sosial. Suara dalam klip tersebut mendakwa bahawa kerajaan Perikatan Nasional sedang berusaha untuk menghapuskan kaum India di negara ini.

Mendakwa kaum India telah diberi vaksin Covid-19 yang lain daripada yang lain, suara itu berkata kaum India akan “bungkus” (selesai/mati) dalam dua tahun.

Ketika dihubungi FMT, beliau berkata beliau akan membuat laporan polis.

“Saya rasa sesiapa yang mempunyai bakat ini patut menggunakannya secara positif dan membangunkan perniagaan yang sah dan berkembang maju. Dia atau kumpulannya mempunyai bakat untuk berjaya dalam bidang ini,” katanya.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon