You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Lelaki ditoreh dengan pisau kerana mengadu ke SPRM

Harian Metro logo Harian Metro 3 days ago Muhaamad Hafis Nawawi
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan dua lelaki terbabit dalam insiden berkenaan. © Provided by Harian Metro TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan dua lelaki terbabit dalam insiden berkenaan. mhafis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki menoreh tangan kiri kenalan lelakinya dengan pisau akibat perselisihan faham mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan itu pada 9.17 malam.

Menurutnya, siasatan mendapati ketika mangsa yang berusia 42 tahun berada di hadapan sebuah salun di Batu 5, Jalan Ipoh, dia berselisih faham dengan seorang lelaki yang dikenalinya berusia 36 tahun.

"Kejadian berlaku pada 4 petang semalam di mana punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan wang yang dibuat oleh mangsa ke atas suspek.

"Semasa pertelingkahan di tempat kejadian, suspek bertindak menoreh tangan kiri mangsa dengan menggunakan sebilah pisau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

"Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kesan luka sedalam tiga sentimeter dan perlu menjalani pembedahan.

"Bertindak atas siasatan, jam 11.50 malam tadi, polis menangkap suspek terbabit dalam kes ini di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul," katanya.

Beliau berkata, suspek yang ditangkap mempunyai tiga rekod pelbagai kesalahan jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon