You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

LIMA’23 dijangka peroleh kontrak sehingga RM8 bilion

Sinar Harian logo Sinar Harian 16/1/2023
Mohamad Hasan. - Foto Bernama © Provided by Sinar Harian Mohamad Hasan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) menganggarkan kontrak program perolehan dan kerjasama industri bernilai RM7 bilion hingga RM8 bilion, menerusi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana pameran LIMA’23, merupakan tempat pemain industri pertahanan untuk berkumpul dan bertukar pandangan di seluruh dunia.

Beliau berharap pada pameran LIMA’23, lebih banyak perjanjian persefahaman ditandatangani kerana LIMA’23 bukan sahaja tempat untuk melihat pameran, malah ia tempat untuk perdagangan antarabangsa.

"Jumlah berkenaan (RM7 bilion ke RM8 bilion) merupakan anggaran, jika kita lihat pada pameran LIMA’19, MINDEF berjaya memperoleh lebih RM4 bilion.

"Penganjuran pameran LIMA’23, merupakan pameran yang dinantikan setelah empat tahun ia tidak dilaksanakan kerana wabak COVID-19,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran pameran LIMA’23 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia, di sini pada Isnin.

More from Sinar Harian

image beaconimage beaconimage beacon