You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Muhyiddin ucap syabas kepada Dhabitah

Harian Metro logo Harian Metro 1/8/2021
a man in a blue shirt: Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri. FOTO Bernama © Provided by Harian Metro Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan syabas kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang mempamerkan tentangan amat mengagumkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Dhabitah bersaingan dalam acara akhir kategori 3 meter (m) papan anjal wanita individu di Pusat Akuatik Tokyo, petang tadi.

Perdana Menteri menerusi Facebook beliau berkata biar pun tanpa pingat, kelibat dan aksi Dhabitah nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah.

"Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Sukan Olimpik Tokyo 2020, juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan.

"Jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Sukan Olimpik akan datang. Senyumlah Nur Dhabitah!" katanya.

Pada saingan itu, Dhabitah, 22, yang berasal dari Kuala Lumpur berada di kedudukan keempat selepas mengharungi lima pusingan dan berjaya mengumpul 326.15 mata namun tidak mencukupi untuk menaiki podium.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon