You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Myanmar umum kelahiran spesies gajah putih jarang ditemui

Berita Harian logo Berita Harian 3 days ago
Di Myanmar, spesies gajah putih yang jarang ditemui dianggap sebagai haiwan bertuah. - Foto Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar Myanmar © Provided by Berita Harian Di Myanmar, spesies gajah putih yang jarang ditemui dianggap sebagai haiwan bertuah. - Foto Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar Myanmar

RAKHINE: Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar Myanmar mengumumkan kelahiran seekor gajah putih yang jarang ditemui Taungup, Rakhine.

Anak gajah putih itu dengan berat badan kira-kira 180 paun dilahirkan pada 23 Julai lalu, umum kementerian itu dalam satu kenyataan Selasa lalu.

Menurut kementerian terbabit, anak gajah itu diukur pada ketinggian dua kaki dan lima inci bahu, tiga kaki dan satu inci lilitan badan, dua kaki panjang belakang serta satu kaki dan enam inci panjang ekor.

Di Myanmar, spesies gajah putih yang jarang ditemui dianggap sebagai haiwan bertuah.

Anak gajah berusia 10 hari itu sihat dan gembira bersama ibunya, tambah kenyataan itu. - AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon