You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Nak bunuh diri konon, sudahnya menyerah diri

Harian Metro logo Harian Metro 18/9/2020 Zuliaty Zulkiffli
a car parked on the side of a building: LELAKI yang bertindak agresif dan mengugut untuk membunuh isteri dan dirinya menyerah diri kepada polis di rumahnya di Jalan Langgar.FOTO Zuliaty Zulkiffli © Provided by Harian Metro LELAKI yang bertindak agresif dan mengugut untuk membunuh isteri dan dirinya menyerah diri kepada polis di rumahnya di Jalan Langgar.FOTO Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh isterinya selain membunuh diri dengan menggunakan pisau di rumahnya di Jalan Langgar dekat sini, semalam akhirnya menyerah diri kepada polis jam 7.15 malam.

Terdahulu, pada jam 3 petang semalam, sepasukan anggota polis datang ke rumah terbabit untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapat aduan berkaitan berlaku kekecohan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor berkata, suspek berusia 30-an kemudiannya mengugut untuk mencederakan sesiapa yang cuba masuk ke rumahnya.

"Suspek turut mengugut untuk isteri selain membunuh diri jika polis tidak beredar.

"Namun kami berjaya membawa suspek keluar dari rumah sebelum dia menyerah diri, jam 7.15 petang," katanya hari ini.

Menurut Nor Azman, pihaknya turut merampas dua bilah pisau masing-masing berhulu kuning dan berhulu coklat untuk membantu siasatan.

Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Harian Metro

image beaconimage beaconimage beacon