You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

PBM kecewa tiada wakil selepas pengumuman timbalan menteri

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 9/12/2022 FMT Reporters
Larry Sng bersama Zuraida Larry Sng (duduk kiri) bersama Zuraida Kamaruddin dan pemimpin PBM yang lain sebelum pilihan raya umum. Sng adalah satu-satunya calon PBM yang dipilih. (Gambar Facebook) © Provided by Free Malaysia Today Larry Sng bersama Zuraida Larry Sng (duduk kiri) bersama Zuraida Kamaruddin dan pemimpin PBM yang lain sebelum pilihan raya umum. Sng adalah satu-satunya calon PBM yang dipilih. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng kecewa kerana tiada wakilnya dilantik sebagai anggota pentadbiran kerajaan perpaduan walaupun menjadi parti terawal menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10.

Sng berkata meskipun kecewa dengan perkembangan itu namun pihaknya tidak mahu membiarkan kepentingan peribadi menghalang kepentingan negara.

“Kita (PBM) akan memainkan peranan untuk mengukuhkan asas kerajaan ini,” katanya di Facebook.

Sng adalah satu-satunya Ahli Parlimen dari PBM dengan memenangi kerusi Julau di Sarawak.

Anwar melengkapkan barisan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan pimpinannya apabila mengumumkan senarai timbalan menteri pada malam tadi.

Pada 2 Dis lalu, Anwar mengumumkan barisan menteri yang terdiri daripada wakil dari Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam pada itu, Sng tidak menolak kemungkinan PBM akan bergabung dengan parti lain seperti dirancang sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan PBM dalam masa terdekat untuk menentukan hala tuju parti termasuk cadangan bergabung parti lain.

PBM sebelum ini memohon menyertai BN namun tiada sebarang kata putus diberikan selepas PRU15.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon