You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Pemuda beranikan diri bekerja sendiri

Berita Harian logo Berita Harian 24/12/2020 Hazira Ahmad Zaidi
Mohamad Aiman menyiapkan baju kemeja di kedai jahit miliknya di Ketereh. - Foto NSTP/ HAZIRA AHMAD ZAIDI © Provided by Berita Harian Mohamad Aiman menyiapkan baju kemeja di kedai jahit miliknya di Ketereh. - Foto NSTP/ HAZIRA AHMAD ZAIDI bhnews@bh.com.my

KOTA BHARU: Kerjaya sebagai tukang jahit lazimnya didominasi wanita, namun kemahiran dalam bidang jahitan yang dimiliki oleh pemuda berusia 23 tahun dari Ketereh, dimanfaatkan untuk menjana pendapatan.

Mohamad Aiman Syarif Mohamad Hanafi berkata, selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat tiga tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk mengikuti kursus jahitan di Giat Mara Ketereh selama enam bulan dan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Katanya, selepas tamat mengikuti kursus jahitan itu, dia bekerja di kedai jahit di Kota Bharu selama tiga bulan, sebelum mengambil keputusan untuk berhenti dan bekerja sendiri.

"Saya kemudiannya memberanikan diri menjahit pakaian dan mengubah suai seluar yang dipakai sendiri dan adik-beradik serta kenalan rapat, sebelum mula yakin untuk mengambil tempahan daripada pelanggan, termasuk dari luar Kelantan.

"Alhamdulillah, ramai yang memuji kekemasan jahitan hasil kerja. Sejak itu, saya mula mempelajari teknik jahitan yang bukan sahaja tertumpu pada pakaian lelaki, malah pelbagai fesyen pakaian wanita mengikut kehendak mereka, selain sulaman dan juga jahitan manik di tudung," katanya ketika ditemui di Kampung Membatu.

Katanya, jika dulu dia mengambil masa dua hari untuk menyiapkan sepasang baju kemeja, namun kini dengan kemahiran yang dimiliki, dia mampu meyiapkan sehingga lima pasang baju kemeja dalam tempoh sehari.

"Kini saya boleh menjahit pelbagai fesyen pakaian mengikut kehendak pelanggan seperti kebaya, peplum, jaket dan gaun kanak-kanak dengan kadar upah antara RM20 hingga RM400 mengikut potongan serta fesyen yang diinginkan mereka.

Anak kelapan daripada 10 beradik ini berkata, bagi menambahkan ilmu pengetahun dalam bidang jahitan, dia juga mengikuti kursus reka bentuk pakaian dan fesyen di bawah program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), pada Ogos tahun lalu.

Katanya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, memberi kesan kepadanya apabila tidak menerima tempahan baju selama tiga bulan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon