You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Pemuda tampar ibu kerana RM50 kena jel 4 bulan

Berita Harian logo Berita Harian 29/5/2022 Hidayatidayu Razali
Pemotong ikan, Muhamad Saifullah Jusoh, 32, (baju kelabu) dijatuhi penjara empat bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. - Foto NSTP/Hidayatidayu Razali © Provided by Berita Harian Pemotong ikan, Muhamad Saifullah Jusoh, 32, (baju kelabu) dijatuhi penjara empat bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. - Foto NSTP/Hidayatidayu Razali bhnews@nstp.com.my

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara empat bulan terhadap seorang pemotong ikan selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan menampar pipi kanan ibunya, pada 14 April lalu.

Tertuduh, Muhamad Saifullah Jusoh, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa cuba mencederakan ibunya, Khalthum Zakaria, 67, dengan cuba menampar di bahagian pipi di Kampung Telok Panji di sini, jam 11.18 pagi, pada 14 April 2022.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, lelaki itu meminta wang RM50, tetapi ibunya memberi RM10 menyebabkan tertuduh mengamuk dan menampar pipi sebelah kanan mangsa.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa dan didapati tertuduh cuba mencederakan ibunya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Pendakwaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Siti Aisyah Abdul Manah dan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Nor Nadhirah Ismail.

Terdahulu, Siti Aisyah memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran dan supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Intan Nor Nadhirah memohon satu hukuman penjara yang minimum memandangkan tertuduh mengaku salah dan menjimatkan masa mahkamah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dari tarikh ditangkap pada 14 April 2022.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More From Berita Harian

image beaconimage beaconimage beacon