You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Penangguhan Parlimen berdasarkan sains, fakta kesihatan, bukan isu politik, kata Ismail

Free Malaysia Today logo Free Malaysia Today 1/8/2021 FMT Reporters
a large room: (Gambar Bernama) © Provided by Free Malaysia Today (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penangguhan sidang Parlimen dibuat berdasarkan sains dan fakta kesihatan, bukannya isu politik, kata Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, keputusan itu bukan dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat tetapi menerusi nasihat khas Kementerian Kesihatan (KKM) kerana bimbang berlaku penularan jangkitan Covid-19 di situ.

Beliau menjelaskan berlaku peningkatan kes positif Covid-19 selepas ujian calitan dilaksanakan dalam tempoh empat hari Parlimen bersidang bermula 26 Julai lalu.

Sehubungan itu, katanya, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya Parlimen ditangguhkan.

Jelasnya lagi, sebelum persidangan hari pertama bermula, beliau telah menghadiri satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama wakil-wakil parti bagi mendengar pandangan daripada Noor Hisham.

“Ketua Pengarah Kesihatan ada dua perkara. Pertama, Parlimen perlu ditangguhkan kerana kebimbangannya kes meningkat di Parlimen.

“Kedua, kalau boleh dikurangkan masa perbahasan iaitu sehingga pukul 2 petang dan dikurangkan jumlah yang masuk ke dalam Parlimen maksimum 80 orang,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Bagaimanapun beliau berkata persidangan akhirnya dilakukan juga walaupun sudah nampak mungkin akan berlaku peningkatan kes di Parlimen.

“Tetapi perkara itu tidak dilakukan, apa dikatakan pagi itu, kita tidak tahu lagi, pandangan takut berlaku peningkatan kes, hanya takut, belum berlaku lagi dan kata kita cuba bersidang dulu,” katanya ketika ditemui pemberita.

Semalam media melaporkan hari terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat yang dijadual pada Isnin ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kata Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat.

Dalam satu surat yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin berkata Pejabat Speaker telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung perkara berkenaan.

More from Free Malaysia Today

Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
image beaconimage beaconimage beacon